Wanita Mengandung Maut Langgar Belakang lori Sebelum Dirempuh Lori

Wanita mengandung lima bulan maut dalam kemalangan di Jalan Tasek-Valdor, Nibong Tebal di sini, 10.30 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Shahrul Husna Ahmad, 23, maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang lori tanah yang berhenti yang menyebabkannya tercampak ke laluan bertentangan dan dirempuh kereta.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, SuperintendanAbdul Shafee Abdul Samad berkata, lori dipandu Lye Chin Leong,36, berhenti selepas sebuah lagi lori di hadapannya membelok ke kanan.

Katanya, mangsa cuba mengelak lori berkenaan namun gagal sebelum merempuh bahagian kanan lori menyebabkan dia tercampak ke laluan bertentangan.

"Mangsa kemudian dirempuh kereta di laluan berkenaan menyebabkan dia parah di bahagian kepala dan maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap bagi tujuan bedah siasat dan kandungannya gagal diselamatkan," katanya ketika dijubungi di sini, hari ini.

Abdul Shafee berkata, kedua-dua pemandu kereta dan lori sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pemgangkutan Jalan 1987.



Post a Comment