Viral !! Gambar..Cubaan bunuh anggota komando?

Seorang lelaki dipercayai anggota komando berpangkat koperal dari Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini, ditemui dengan tangan kanan bergari pada kaki kiri dan hampir lemas dalam Sungai Timun, Negeri Sembilan, pagi tadi.



Lelaki itu ditemui dalam sungai terbabit dalam keadaan tangan kanan bergari pada kaki kiri serta mukanya mengalami kecederaan teruk.

Difahamkan mangsa bernasib baik kerana ditemui penduduk kampung sebelum lemas dalam sungai dan berjaya diselamatkan sebelum menghubungi polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata, pihaknya ada menerima maklumat mengenai kejadian itu.

"Bagaimanapun sehingga jam 6 petang ini, belum ada sesiapa membuat laporan dan jika ada laporan dibuat, polis akan membuka kertas siasatan," katanya yang menasihatkan pihak yang terbabit supaya membuat laporan segera.

Maklumat awal kejadian Pukul/cubaan membunuh anggota Rej 11 Gerak Khas 1162424 Kpl Mohd Daud bin Karim.

Tarikh: 17/4/2016
Masa: 0105
Lokasi: Taman Peruna

Anggota datang ke Mk Rej utk urusan buat msj sehingga jam 0100.

Lebih kurang 17/4/16 jam 0105 dlm perjalanan pulang, motor beliau telah ditahan di simpang berhampiran lorong tikus ke kebun (taman Peruna).
Iaitu di kawasan gelap. Lebih kurang 150m dari pskn, beliau tlh ditahan sekump lelaki - 4 orang dan tiba2 di pkul mggunakan kayu. Anggota pengsan di tempat kejadian. Anggota dibawa ke tempat lain mnggunakan kereta ( tidak tahu jenis apa).

Dari mklumat awal, anggota telah dibawa ke krubong bagi cubaan melemaskan beliau,namun gagal..kerana terdapat org awam yg sedang memancing.

Kemudian, tangan beliau di gari dan seterusnya, beliau dibawa ke sg.Timun untuk tujuan yg sama..bg maksud mmbunuh beliau. Beliau bernasib baik kerana masih hidup dan dijumpai org awam disekitar kwsn brhmprn.

Org awam mbuat laporan polis. Polis yg tiba membawa beliau ke hospital alor gajah.

Pihak hosp telah mnghubungi pskn dan memaklumkan anggota sdg dirawat di hosp berkenaan.

Setakat ini, mangsa dalam proses utk dipindahkan ke hosp melaka. 

Laporan polis akan dibuat setelah selesai mnghantar mangsa ke hosp melaka.

*Mangsa tidak pasti akan pelaku kerana keadaan gelap dan berlaku terlalu pntas.

*Mangsa skrg dalam keadaan sedarkan diri.

*Motor mangsa dimklumkan dijumpai di petronas sg.udang.

Sekian utk maklumat Awal YBhgia Tuan.


Post a Comment