Punca Sebenar Tiga Kereta Pam Minyak Stesen Petronas

Kuantan: Empat orang termasuk seorang wanita, cedera selepas sebuah Proton Waja merempuh dua kereta lain di stesen minyak di Jalan Sultan Abdullah, di sini, 10.55 pagi tadi.






Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Aziz Sallah berkata, ketika kejadian, pemandu Proton Waja, Amran Basir, 64, dikatakan tertekan pedal minyak keretanya ketika memasuki kawasan stesen minyak.

"Kenderaan itu hilang kawalan sebelum meluncur laju dan merempuh Proton Saga dan Perodua Myvi yang berada di tepi pam minyak.

"Rempuhan itu menyebabkan Amran, pemandu dan penumpang Perodua Myvi serta seorang pekerja stesen minyak warga Bangladesh, cedera," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dilakukan mengikut Seksyen 43(1) Akta pengangkutan Jalan 1987.



Post a Comment