Polis Dedah Punca Sebenar Cubaan Bunuh Komando

Hasil siasatan awal pihak polis telah mengenal pasti pfaktor wanita adalah sebagai punca utama seorang anggota komando Rejimen 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang, di sini,  cuba dibunuh di mana telah menyebabkan kecederaan teruk kerana dipukul di Sungai Timun, Negeri Sembilan, awal pagi kelmarin, lapor Berita Harian.



Ketua Polis negeri, Datuk Ramli Din berkata, pihak polis kini sudah mengenal pasti empat suspek yang dipercayai telah terlibat dalam kejadian berkenaan tetapi sehingga kini belum ada tangkapan dibuat.

"Kita sudah mengesan empat suspek berusia 30-an itu dan polis percaya mereka juga bertugas di dalam kem yang sama dengan mangsa. 

"Polis meminta semua suspek segera menyerah diri," katanya.

Sebelum ini, Koperal Mohd Daud Karim, 26, telah dijumpai oleh penduduk kampung di dalam Sungai Timun dalam keadaan cedera parah di muka dengan tangan kanan dan kaki kiri bergari selepas dipukul sebelum dihumban ke dalam Sungai berkenaan.

Mangsa telah dipukul di bahagian kepala menggunakan objek tumpul seperti kayu dan bata oleh keempat-empat suspek di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipaksa memasuki sebuah kenderaan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - Siakapkeli.my


Post a Comment