GAMBAR Tunang Hero Drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi .. Cantiknya

Pelakon baharu yang dikenali menerusi drama Tundukkan Playboy Itu, iaitu Hafidz Roshdi mengesahkan dia sudah bertunang pada 5 Disember 2015 dengan seorang pelajar kolej swasta.

Hafidz atau nama sebenarnya Muhammad Hafidz Roshdi, 22, bagaimanapun berkata, dia tidak merancang untuk berkahwin dalam masa terdekat berikutan wanita itu juga masih menuntut peringkat peringkat ijazah.




"Saya sudah bertunang Disember tahun lalu dengan seorang wanita yang saya kenali sudah lima tahun semenjak kami di zaman sekolah lagi.

"Dia berasal dari Kedah dan kami merancang untuk berkahwin dalam setahun atau dua tahun lagi. Buat masa ini saya belum bersedia untuk mendedahkan identiti dia kepada umum termasuk di laman sosial," ujarnya kepada mStar Online, di sini, Jumaat.

Hafidz berkata demikian ketika diminta mengulas tentang gambar pertunangannya yang tersebar di internet.


Post a Comment