Wajib Tahu !! Posisi Imam Wanita Dalam Solat Berjemaah...

Posisi Imam Wanita Dalam Solat Berjemaah Hendaklah Sebaris Dengan Makmum Dan Berada Dihadapan Sedikit Dari Barisan Makmum.




SOALAN
Bagaimana posisi imam wanita yang betul dalam solat berjemaah, kerana ada yang mengatakan imam berada didepan dan ada pula yang mengatakan imam sebaris dengan makmumnya?

JAWAPAN
Jika kaum wanita mengerjakan solat berjemaah dan imam mereka adalah seorang wanita maka posisi imam adalah ditengah-tengah saf yang pertama. Bukan berada didepan seperti jika imamnya seorang lelaki.

(Lihat AlMuhalla, Ibnu Hazam 3/172 dam Musnad Imam Asy-Syafii 6/82)
Hal ini sebagaimana dipraktikkan oleh Ummu Salamah Radliyallahu anha ketika ia menjadi imam sebagaimana dikisahkan oleh Hujairah binti Hushain:

ﻋَﻦْ ﺣُﺠَﻴْﺮَﺓَ ﺑْﻦِ ﺣُﺼَﻴْﻦٍ ﻗَﺎﻟَﺖْ : ﺃَﻣَّﺘْﻨَﺎ ﺃُﻡُّ ﺳَﻠَﻤَﺔَ ﻓِﻲ ﺻَﻼَﺓِ ﺍﻟْﻌَﺼْﺮِ ﻗَﺎﻣَﺖْ ﺑَﻴْﻨَﻨَﺎ

“Dari Hujairah binti Hushain ia berkata: “Ummu Salamah mengimami kita dalam solat asar, beliau berdiri diantara kita.” (HR. Abdurrazaq dalam Mushannaf No 5082 (3/140), Ibnu Abi Syaibah II/131 dan Dar Quthni I/404)

Dan dalam sebuah atsar Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhu berkata:

ﺗَﺆُﻡُّ ﺍﻟْﻤَﺮْﺃَﺓُ ﺍﻟﻨِّﺴَﺎﺀَ ﺗَﻘُﻮْﻡُ ﻓِﻲ ﻭَﺳَﻄِﻬِﻦّ
َ
“Seorang wanita (bila) menjadi imam bagi kaum wanita maka ia berdiri ditengah-tengah mereka.” (HR. Abdurrazaq No 5083)

Demikian pula Aisyah Radliyallahu anha apabila mengimami kaum wanita beliau berdiri ditengah-tengah mereka. (Lihat Mushannaf Abdurrazaq 3/140)

Dan apabila jemaahnya hanya satu orang maka posisi imam sebaris dengan makmumnya. makmum berada disebelah kanan imam.

Posisi ini sama seperti jika seorang lelaki berjamaah dengan seorang lalaki (lihat Al Kaafi, Ibnu Qudamah 1/434, Syarah Al Mumti’ , Syeikh Utsaimin 4/389, Majmu Fatawa Bin Bazz 12/131).
Wallahu A’lam Bish Showab.

Dinukil dari : https://abushofwan.wordpress.com/2009/08/16/posisi-imam-wanita-dalam-sholat-berjamaah-2/

Baca juga disini : https://cintakajiansunnah.wordpress.com/tag/posisi-imam-dan-makmum-kaum-wanita-jika-sholat-berjamaah/


Post a Comment