Sayu..Tangisan Ibu Lihat Jenazah Bayinya Yang Meninggal Dunia Di Pusat Asuhan..

Jenazah bayi empat bulan, Nur Arina Safiyyah yang mati di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Gelugor,Pulau Pinang dituntut ibu bapanya selepas bedah siasat di Hospital Pulau Pinang, petang tadi.

Bapanya Mohd Shauqi Zainondin, 26 tahun berkata beliau serta isterinya Nur Farhana Ros Nazri, 26 tahun redha dan menerima pemergian anaknya.

Namun tegas beliau, mereka juga mahukan keadilan sewajarnya dengan menuntut punca sebenar kematian anak tunggalnya itu.



Katanya isteri beliau menerima panggilan kecemasan dari pusat berkenaan yang mendakwa Nur Ariana Safiyyah mengalami sesak nafas dan dihantar ke klinik berhampiran.

Namun ketika tiba di klinik, dia dimaklumkan anaknya telah pun meninggal dunia.

Dia mendakwa terdapat kesan darah pada hidung anaknya selain di baju dan juga kesan lebam di pipi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Farid Alathrash Wahid berkata laporan polis telah dibuat dan pihaknya sedang menanti laporan bedah siasat bagi tindakan lanjut.


Post a Comment