Pak Su 'Terlampau' ...Tunjuk 'Birbird' Sebelum Noda..

Seorang buruh mengaku tidak salah di mahkamah sesyen, di sini, semalam, atas tuduhan mero gol anak saudara yang berusia 8 tahun dan turut menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.


Tertuduh yang dipanggil Pak Su tersebut didakwa melakukan kedua-dua perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Redang, Bachok, tahun lalu.

Kejadian rogol didakwa berlaku pada jam 6 petang, 30 Oktober, manakala perbuatan menggalakkan mangsa melakukan kelu cahan melampau (menunjukkan kemaluan) didakwa dilakukan pada jam 6 petang, 5 November.

Bagi tuduhan rogol, lelaki berusia 38 tahun terbabit berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, sementara dakwaan menggalakkan kelu cahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum lima tahun serta sebat, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding semalam, Timbalan Pendakwa Raya negeri, Norazlinawati Mohd Arshad memohon tarikh sebutan bagi mendapatkan laporan perubatan mangsa dan tidak mencadangkan sebarang jaminan terhadap tertuduh.

Kes  disebut semula pada 21 Februari depan.Tertuduh berhasrat melantik peguam bagi mewakilinya pada perbicaraan kes berkenaan.Tiada jaminan dibenarkan Hakim, Adli Abd Ghalib.


Post a Comment