Kalau Belum Ajal.. Suami Isteri Terselamat Dari Maut.. [10 GAMBAR KEJADIAN]

Sepasang suami isteri terselamat dari maut walaupun kenderaan yang dinaiki terperosok di bawah treler di Kilometer 181.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan. 

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari, pasangan suami isteri terbabit tidak cedera teruk dan dikeluarkan dari kenderaan mereka dengan bantuan orang awam. 












Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Serai, Che Hassan Che Mat, berkata pihaknya menerima panggilan jam 1.54 tengah hari, bergegas ke lokasi kejadian bersama lapan anggota menggunakan dua jentera. Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati sebuah kereta yang remuk berada di bawah lori. 

"Sewaktu tiba, pihak polis memaklumkan mangsa yang juga pasangan suami isteri sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan. 

"Pihak kami segera menjalankan kerja pembersihan terhadap lokasi kemalangan terbabit dan operasi ditamatkan pada jam 5.27 petang," katanya. Kemalangan terbabit juga menyebabkan kesesakan trafik sejauh hampir tiga kilometer berikutan laluan terbabit terhalang. 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian dan punca kemalangan masih dalam siasatan. 

Namun begitu, katanya, hingga jam 5 petang tadi, pihaknya belum menerima laporan polis berhubung kejadian itu.


Post a Comment