5 GAMBAR Terkini Keadaan Mohd Azmil Mustapha, Alhamdullilah..

Pelakon era 80-an yang popular menerusi filem Ali Setan, Mohd Azmil Mustapha dibenarkan keluar hospital setelah dirawat di Hospital Putrajaya selepas mengalami masalah jantung sejak Khamis lalu.
Adik bongsu Azmil, Mohd Aziph Mustapha menerusi akaun Facebook memaklumkan, bagaimanapun pelakon berkenaan masih dalam keadaan agak lemah.

Jelas Aziph, doktor mengesahkan yang abangnya dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Bagaimanapun beliau perlu menjalani rawatan susulan.








Tambah beliau, abangnya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantunya semasa beliau dirawat di Hospital Putrajaya, khususnya doktor, jururawat dan petugas hospital.

Mohd Azmil 63 tahun terpaksa menggunakan alat ventilator dan berada di bawah pengawasan Unit Jagaan Koronari Hospital Putrajaya sejak Khamis lalu selepas mengadu sesak nafas dan doktor mendapati jantungnya berada dalam keadaan lemah.


Post a Comment