[5 GAMBAR] Sayu..Ayah Meninggal Dunia Selamat Anak Daripada Lemas...

Seorang lelaki meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya yang nyaris lemas ketika mandi di tepi pantai di Narathiwat, Thailand.

Ketika kejadian, keluarga berkenaan sedang berkelah sempena hari cuti.

Mangsa yang dikenali Habib Pakadir, 30 tahun bersama seorang lagi pengunjung pantai segera berenang ke laut setelah menyedari dua orang nyaris lemas.

Seorang daripadanya adalah anak perempuan Habib yang berusia 10 tahun.

Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi Habib, setelah dia yang mati lemas, namun anaknya berjaya diselamatkan.

Pihak berkuasa sebelum ini mengeluarkan amaran melarang pengunjung mandi di pantai itu kerana ombak besar.







Post a Comment