10 GAMBAR Majlis Akad Nikah Pelakon Shah Iskandar & Siti Sarah...

Dengan sekali lafaz, pelakon kelahiran Singapura yang mencipta nama di negara ini, Shah Iskandar Mahfuz, 33, selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Siti Sarah Mohd Noor, 30. Majlis pernikahan pasangan itu berlangsung di The Ballroom @East Coast, Singapura, jam 4 petang tadi. 

Pada upacara ringkas yang dihadiri lebih 200 tetamu itu, Shah yang berasal dari Woodlands turut menyerahkan mas kahwin iaitu sebentuk cincin emas dan wang hantaran berjumlah RM30,000. Pasangan mempelai turut berbalas dua dulang hantaran. 











"Alhamdulillah, fasa baharu dalam hidup saya dan isteri sudah bermula. Tiada apa yang saya pinta, kecuali kehidupan kami akan terus diberikan Allah SWT. 

Memikirkan usia masing-masing sudah matang, kami memilih untuk terus bernikah tanpa bertunang bagi memudahkan segala urusan," katanya.

Shah yang pernah dua kali dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada edisi 2013 dan 2014 berkata, dirinya tertarik untuk menyunting Sarah sebagai suri hidupnya kerana wanita itu penyabar, baik hati serta memahami kerjaya seninya.




Post a Comment