Status Khas Buat Mereka Belum Punyai Anak..'Percaturan Allah Tak Pernah Silap..'


Percaturan Allah Yang Tak Pernah Silap! 

Status ni buat pasangan suami isteri yang masih blum mmpunyai cahaya mata. 

Kadang2 kita slalu mengeluh, si A ni kawen, xsmp sebulan, eh terus melekat. Bunting pelamin laa tu. Bini dia subur, laki dia subur, bla bla bla. Kami ni dah lama kawen, honeymoon sana sinun, urut sengkak naikkan rahim segala, yang suami pon xkurang hebat, pon berurut batin jugak, , dah follow jadual kesuburan ikut doktor ckp, bersama almost evryday, bertukar dari pakai spender ke pakai boxer kononnya nnt tahap kesuburan kurang, hmmm nmpk gayanya xda lagik bayang cahaya mata. 

Pernah dgr kan? Kdg2 smp naik segan dgn mak ayah sedara mara bila balik kg. Tanya mengalahkan reporter, bila kita nak dpt cahaya mata. Maka bermulalah sesi tazkirah x berilmiah, pergi laa urut sana, pergi la berurut sini, makan la jamu tu, makan la jamu ni. Smp tekak pon naik loya dek makan jamu ntah hapa2 kemahin banyak.

Mulut org.. Buat apa kita nak peduli. Diorg bukan tau pon apa yang kita hdap hri2 laki bini. Diorg bukan pernah tdo bawah ketiak suami pon. Percayalah, percaturan Allah tu sgt tepat, tak lmbt sesaat, tak cepat sesaat. On d rite time dia akn bg.

Cuba tnya diri kita sndri, adakah kita betul2 paham hati budi suami/isteri kita skrg? Kdg2 allah bg masa utk kita dalami n paham ckup2 prngai pasangan kita. Kang bila da terberanak, takda laa satu pihak je yang jaga anak. Jaga anak ni x semudah jaga anak tekak kita ye. Kene laki bini sepahaman. Br mmbesar elok sehat anak2 tu. Or maybe, allah nk bg kita masa puas2 bercintan cintun dgn pasangan kita. Sok bini da bersalin, almost 24hours isteri dgn anak sbb melekap nak nyusu. Yang kita ni suami terkapai2 kesepian di bucu katil. Kejkehkeh. So time berdua blom ada anak ni la masa yang sesuai utk korang berdating, berhoneymoon, or maybe menyusu puas2 hahahaha. 

Allah tahu, maybe financial kita x ckup kuat utk tanggung satu nyawa yang bakal kluar nnt. Deyyy, ingt murah, drypers, susu s26, makan pakai minum segala semua? So biar kita betul2 kukuh financial, insyaallah time tu laa berkemungkinan kita akan dpt apa yang kita nak selama ni.

Biar 10tahun menunggu skalipun, klau dah ditakdirkan rezeki kita dpt anak time tu, redha sahaja. Sbb allah tak pernah silap, xpernah lupa, dan sgt sayaaaang hambanya yang bersabar.

Yang makcik2, pakcik2, kakak2, ipar duai, kawan2 pon, plz jaga sensitiviti...bukan sume org mcm awak kak, kawen2 je terus melekat..jg mulut nih..hal anak2 nih terlalu senstive utk tnya...kalau prasan, if tnya je pasal anak, mesti berubah muka pasangan yang da lama kawen tuh. Yes tak salah nak bercerita, tapi, berlapik2 bila bertanya. dan x salah pon nak try mcm2 cara, tapi beringat, if Allah nak bagi, tetap dia akan bagi. utk dptkan anak nih x semudah kita lukis kartoon pakai kaler crayon, then warnakan pakai kaler luna, kalau semudah itu, boleh kita lukis 4-5 orang kartoon, 3 org kita bagi kat awak, 2 orang kita amik..x semudah itu mcmmmmm...perlukan mcm2 pengorbanan, kesbaran dan penelitian.

Dapat anak, tak dipengaruhi betapa bnyk dan pekatnya sperma abg2 semua ye, tapi dipengaruhi betapa dalamnya cinta korang pd pasangan. dapat anak juga tak diperngaruhi oleh brapa ratus skill yang abg2 praktikkan ye, tapi dipengaruhi oleh betapa infiniti kasih sayang korang terhadap pasangan masing2. Buat laa skill tergolek dok sekali pon, hatta patah riuk katil skalipon, kalau Allah kata blom tiba masa, buat penat je korang bergelumang..kikikiki. tapi x salah kalau nak cuba dan ikhtiar.Keep praying, jgn pernah putus asa, pekakkkan telinga bila org ckp itu ini.

Tahun ni sahaja, sekali dua org cahaya mata ktorg dpt. Sorang bayi lelaki handsome soleh andheqa indrawan ( merdeka boy ), dan sorang lagi bayi perempuan rupawan solehah aqiesha iexara (nuzul quran qirl ). Nak sgt baby, hambek, sekali dua allah bagi sekelip mata. Nah! Jgn sesekali pertikaikan apa yang Allah bagi. bersilat pepagi nak siapkan diorg. yang si mommy siapkan kakak, yang si daddy siapkan abg. dua2 ada cabaran. so kat sini yg perlukan kesepahaman yang tinggi.. masing2 kena sabar ok..smile emoticon pejam celik pejam celik, si Abang dheqa dah setahun da umur, dan si adik xaara dah 2 bulan dah..eh, kejap sungguh...jeng3x...smile emoticon

Nampak kan? Betapa sayangnya allah pda kita??
jgn pernah berputus harap. kalau di dunia ditakdirkan kita tidak punya cahaya mata, percayalah, ada sesuatu yang indah menanti di Syurga Allah nanti.keep praying! kalau rasa terkesan dgn status nih, print molek2, liminate dan tampak kat workspace, ruang tamu or mana2 tmpt korang. bca bnyk kali, dan tlg doakan semuaaa pasangan di dunia nih mendapat cahaya mata yang soleh dan solehah. ameen.

Daddy,


Post a Comment