Setelah Telan 35 Pil Via gra, Apa Yang Berlaku Kepada Lelaki Ni MENGEJUTKAN..

Seorang lelaki yang menyahut cabaran rakan-rakan untuk menelan sebanyak 35 biji pil Via gra dalam tempoh sejam akhirnya terlantar di hospital kerana mengalami ketegangan zak ar berterusan selama lima hari.

Dalam insiden yang dilaporkan portal berita DailyMail itu, Daniel Medforth yang berasal dari Withernsea di East Yorkshire, England memberitahu cabaran itu diterimanya hanya untuk suka-suka.


Selepas terlebih dos tersebut, lelaki berusia 32 tahun dan bapa kepada dua orang anak itu telah memberitahu isterinya.

Terkejut dengan pengakuan tersebut, isterinya lantas menghubungi hospital untuk menghantar ambulans.

“Saya berasa tidak sihat, pening dan berhalusinasi. Semua yang saya lihat berwarna hijau.

"Saya mengalami ketegangan melampau yang berterusan,” kata Medforth.

Lelaki itu terlantar di hospital bermula 24 Ogos lalu dan telah dipantau dan dirawat selama 36 jam oleh pegawai perubatan.

“Pegawai paramedik sangat profesional namun anda boleh lihat mereka cuba sedaya upaya untuk tidak ketawa atau mempersendakan saya,” ujar Medforth yang merupakan seorang pekerja binaan.

Selepas dibenarkan keluar dari hospital, Medforth dinasihatkan berehat di rumah untuk beberapa hari lagi memandangkan saki-baki ketegangan zak arnya masih berlaku.

“Setiap kali ia terkena sesuatu dalam tempoh lima hari itu, saya mengalami ketegangan serta-merta.
"Isteri saya telah memaafkan saya dan saya sedar saya bernasib baik,” kata Medforth.

Kes yang dialaminya boleh dianggap ‘bertuah’ kerana pengambilan Via gra tanpa mengikut dos yang berpatutan sebenarnya boleh menyebabkan kematian.

Awani


Post a Comment