Senarai Nama & Wajah Jemaah Haji Malaysia Belum Dikesan & Cedera Kejadian Kren Runtuh di Masjidil Haram...

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim ketika dihubungi News Portal Rangkaian TV Media Prima Bhd sebentar tadi memberitahu bahawa 10 rakyat Malaysia terbabit dalam kejadian itu. 

Tambahnya, semua ahli keluarga mangsa di tanah air juga sudah dimaklumkan berhubung nasib saudara mereka di Makkah. Perdana Menteri, katanya, turut prihatin dan mengarahkan laporan mengenai nasib jemaah Malaysia di Makkah setiap setengah jam. 

Abdul Azeez berkata, tiga mangsa kini dirawat di Hospital King Abdulaziz, Hospital King Faisal dan Hospital Annur. Enam lagi jemaah dirawat di Hospital TH Shisha manakala seorang lagi jemaah yang cedera ringan sudah pun dibenarkan balik ke maktabnya di Maktab 89. 

Beliau menasihatkan ahli keluarga jemaah di tanah air agar tidak perlu risau kerana TH memiliki pakar-pakarnya untuk membantu jemaah. Pihak TH juga dengan bantuan agensi kerajaan lain telah digerakkan ke serata tempat bagi mencari dan mendapatkan maklumat mengenai semua jemaah Malaysia. 

Pihak TH juga telah dikerah bagi mencari enam jemaah Malaysia yang hilang, dipercayai mungkin sedang beriktikaf di masjid dan sebagainya. 

Dalam pada itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Abdul Azeez akan mengadakan sidang media mengenai insiden itu di Kelana Jaya jam 10:30 pagi ini. - BH

Jemaah Haji yang belum dikesan :-



Yang cedera :-




At least six Malaysian pilgrims were injured after a crane collapsed on the Grand Mosque here Friday afternoon, killing at least 107 people and injuring 238 people.

Posted by NST Online on Friday, September 11, 2015


Post a Comment