Sayu...Saya Tidak Dapat Teman Isteri Ke Masjid, Itulah Detik Perpisahan Kami....


Pasir Putih : Perkara itu diceritakan oleh (Che Muda Che Tahir, 76,) suami Munah menerusi panggilan telefon pada pukul 2 petang ini. Ketika kejadian itu, dia tidak mengikut Munah ke masjid tersebut kerana ingin berehat di dalam hotel.

Saya terkejut apabila mendapat khabar mak meninggal dunia dalam tragedi kemalangan di Makkah," kata anak Munah Jusoh, Che Halimah Che Muda. Bagaimanapun, Che Halimah, 45, berkata mereka sekeluarga reda dengan suratan takdir yang menimpa ibunya itu.




Katanya, beliau mengetahui khabar sedih itu selepas menonton televisyen pada jam 11.45 malam ini tidak menyangka ibu meninggal dunia akibat kejadian itu.

"Wakil Tabung Haji melawat kami tengah hari tadi, mereka memberi semangat kepada kami dan kami berharap mak terselamat dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. Beliau juga menyatakan ibunya begitu teruja untuk menunaikan ibadah haji bersama bapa, Che Muda Che Tahir, 76. - Al fatihah 


Post a Comment