Sayu..'Saya Reda di atas Pemergian Kakak...' [ Jemaah Haji Terkorban Nahas Kren Tumbang di Makkah..]

Ahli keluarga Rusiah Suar, 56, jemaah haji Malaysia yang disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, Jumaat lalu, reda dengan takdir Ilahi.

Adik Rusiah, Saiful Arifin Suar, 39, berkata, dia menerima berita sedih itu daripada seorang ahli keluarga melalui aplikasi WhatsApp sebelum sidang media oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, yang disiarkan secara langsung di televisyen malam tadi.



"Saya reda di atas pemergian kakak dan menerimanya sebagai takdir. Saya berharap dia pergi dengan aman lebih-lebih lagi meninggal di sana (Makkah)," katanya ketika ditemui di sini, malam tadi.

Menurutnya, pengesahan itu juga menamatkan penantian keluarga yang tidak tenteram sebaik mengetahui Rusiah antara lapan jemaah negara ini yang hilang selepas kejadian kren tumbang.
Saiful segera ke rumah kakaknya itu di FELDA Gunung Besout 2 dekat sini.

Allahyarham Rusiah yang juga ibu tunggal tinggal bersama dua anaknya iaitu Nor Baizura Badri, 27, dan Nor Haizan, 34, dan berangat ke tanah suci dengan ditemani rakan sekampung.


Post a Comment