Sadisnya..Kisahnya Gadis Diperkosa Oleh bapa Saudara Sendiri

Sejak selepas hari raya aidil fitri, makin ramai permohonan masuk Madrasah Baitus Solehah. Pendaftaraan sessi baru Madrasah diadakan setiap minggu. Dalam satu bual bicara hati ke hati, terbuka suatu kisah yang menyayatkan hati . 


Ketika usia 12 tahun dia diro gol oleh bapa saudara yang menagih dadah dan pengidap hiv. Ketika dirogol, dia tidak mampu berteriak kerana mulutnya ditekuk dengan kain. Lelaki itu bertukar rupa syaitan meratah dirinya ibarat pe lacur. Sudah tidak mengenali itu adalah anak saudara yang wajar dilindungi kerana dia boleh menjadi wali pernikahan sekiranya bapanya telah meninggal dunia. Apalah kudrat yang ada , gadis yang kurus ibarat ranting. 

Setelah peristiwa itu, dia murung dan tidak mampu memberitahu nenek yang mengasuh dia sejak kecil. Sebulan selepas peristiwa itu, bapa saudaranya meninggal dunia dengan penuh kehinaan tanpa bertaubat dari dadah yang menghayalkan.

Masa berlalu, sikap murung menjadikan dia seorang pendiam, pendendam dan perahsia. Dia meneruskan kehidupan dalam dunianya sendiri, hingga mampu meraih dua diploma dalam bidang berbeza. Dia juga seorang yang miskin kasih sayang. Selepas darjah 6, dia meneruskan persekolahan menengah di sekolah berasrama. Nenek yang mengasuhnya juga telah meinggal dunia. Maka biaya persekolahan kembali kepada ibu bapanya. Walaupun anak beranak tetapi terasa jauh. Ini kerana dari lahir diasuh oleh nenek, kemudian peringkah sekolah menegah pula lebih banyak masa berada diasrama. Bila cuti, pulang bermalam di rumah kawan.

Apabila tamat diploma pertama, dia bekerja dan tinggal serumah dengan teman lelaki. Seperti pasangan suami isteri. Sambil bekerja, dia meneruskan pengajian diploma kedua, bidang yang diminati. Kali pertama mengandung , digugurkan kandungan.

Setahun selepas itu mengandung lagi, berhasrat untuk mengugurkan tetapi hatinya tiba tiba menyoal, “ selama mana nak hidup begini?” Dia tersentak dengan suara hatinya itu, membuat dia berfikir dan muhasabah diri. Dirinya terlalu kotor, terlalu jauh hanyut bersama syaitan. Rasa sayang pada janin yang tumbuh dalam kandungan. Dan dia membuat keputusan nekad untuk bertaubat dan berubah. Langkah pertama diambilnya ialah berhijrah.

Menggoogle, mencari siapa dan dimana yang boleh membimbingnya bertaubat. Apabila telah menemui Baitus Solehah, dia nekad berhenti kerja. Komitmen yang ada ditinggalkan. Walaupun hubungan dia dengan ibu tidak rapat, dia tetap berbakti kepada ibunya. Sejak mula kerja, perkara pertama yang dilakukannya ialah, membelikan ibunya sebuah rumah untuk tinggal menjelang usia emas dan bersara. Tetapi dia tidak tinggal bersama dengan ibunya. Bapanya pula telah meninggal dunia. Biaya rumah dibantu bayar oleh ibunya sementara dia berada di Baitus Solehah. Dan dia sanggup keretanya ditarik oleh bank, mengakibatkan namanya disenaraihitam. Dia memang tidak pilihan kerana suara mahu berhijrah kembali mentaati Allah lebih beralun dalam sanubarunya. Dia tidak mahu mensia siakan peluang yang diberikan oleh Allah untuk bertaubat. Dia mahu memulakan hidup baru dijalan yang lurus.

Dia juga tidak ingin berkahwin, meneruskan kehidupan yang lelaki yang selama ini meniduri tanpa ikatan pernikahan kerana dia juga penagih dadah. Selama ini dia terikat dengan cinta palsu kerana dari kecil miskin kasih sayang dan perhatian keluarga. Dia terabai. Maka apabila ada lelaki yang prihatin, yang menunjukkan kasih sayang hingga diranjang, dia jadi terpesona. Dia lupa, apa yang dilalui ketika itu adalah permainan syaitan. Cinta nafsu dihias dengan bunga bunga zaqqum yang pahit. 

Oleh itu apabila tersedar dari lena selama ini, datang pula suatu bisikan dari malaikat bertanya , “ selama mana nak hidup begini?” menyebabkan dia mahu meninggalkan semua kehidupan lalunya yang sangat mendukacitakan. Mulanya dia tidak mahu sesiapa pun ahli keluarganya tahu akan kehamilannya. Anak yang bakal dilahirkan. Oleh kerana syarat Baitus Solehah, waris mesti dimaklumkan samada cepat atau lambat, maka 5 hari sebelum mengambil keputusan datang ke Baitus Solehah, dia memaklumkan kepada ibunya. Perkara sudah berlaku, kekesalan sudah tidak boleh mengundurkan masa, ibunya redha akan takdir yang dilalui anaknya. Dia datang menghantar anaknya ke Baitus Solehah, menyerahkan untuk dididik dan dibimbing menjadi insan soleh. Sedikit masa yang berbaki ini, mereka menggunakan untuk merapatkan hubungan kasih sayang.

Kasihan, sungguh menghibakan bila kita mendengar cerita mereka yang terpaksa mengandung tanpa suami . Kisah mereka yang tersasar kerana ia bermula dari keluarga. Sikap keluarga yang tidak prihatin menjadikan anak mangsa keadaan.

Adalah diharapkan, ibu bapa diluar sana, ambiklah kisah ini sebagai iktibar dan pelajaran, jangan abaikan anak anak, prihatin terhadap dalam zaman yang penuh fitnah ini. Sekali ibu bapa terleka, syaitan akan menjadi anak tuan puan mangsa temannya keneraka. - Baitus Solehah


Post a Comment