Rakaman CCTV Dipercayai Visual Ketika Kevin Morais Diculik Sebelum Dibunuh Kejam....

Pemandu atau penumpang MPV Toyota Estima berwarna putih yang berhenti seketika dan melihat kemalangan pacuan empat roda melanggar kereta mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara Anthony Kevin Morais di Jalan Duta Mas, pada 7.51 pagi, 4 September lalu diminta tampil bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kevin. 


MPV berkenaan dilihat dalam rakaman kamera liter tertutup (CCTV) kemalangan berkenaan yang diperoleh polis.


#Awani745 malam ini. Rakaman CCTV yang dipercayai visual ketika Anthony Kevin Morais diculik sebelum dibunuh dengan kejam. @501AwaniSaksikan malam ini di #Awani745
Posted by Astro AWANI on Thursday, September 17, 2015
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, orang ramai yang melihat kemalangan itu juga diminta tampil dan sebarang maklumat boleh disalurkan melalui talian hotline Polis KL 03-2115999 atau datang ke balai polis berhampiran.


Sementara itu, Zainuddin berkata, seorang lagi suspek lelaki berusia 22 tahun ditahan kira-kira 5 petang semalam, di Kulim, Kedah bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Katanya, suspek yang juga penganggur kini direman selama tujuh hari.Menurutnya, setakat ini lima direman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Harian Metro


Post a Comment