Rakaman CCTV kejadian Imam Masjid Negara ditampar ketika solat Jumaat sebentar tadi...

Imam Masjid Negara Mohd Zuhairee Mohd Yatim ditampar dipercayai oleh lelaki Arab ketika sedang mengimamkan Solat Jumaat kira-kira 1.45 tengah hari tadi. 

Menurut sumber Masjid Negara, kejadian berlaku ketika Mohd Zuhairee sedang mengimamkan solat Jumaat pada rakaat pertama sebelum lelaki terbabit datang dari arah belakang barisan makmum dan menolak mangsa. 

Bagaimanapun kejadian berkenaan tidak terhenti setakat itu apabila suspek bertindak menampar muka Mohd Zuhairee dan menyebabkan imam berusia 37 tahun tersungkur. 

"Ekoran kejadian itu suspek terus ditahan pegawai keselamatan Masjid Negara sebelum dibawa keluar dan diserahkan kepada pihak polis," kata sumber berkenaan. 

Sumber itu memberitahu, solat Jumaat terbabit bagaimanapun disambung semula oleh Mohd Zuhairee daripada awal rakaat pertama sehingga selesai.







@501Awani: [TERKINI] Seorang lelaki ditahan kerana menampar muka Imam 2 Masjid Negara sewaktu solat Jumaat.

Posted by Astro AWANI on Thursday, September 17, 2015

@501Awani: Video sedikit kekecohan di luar Masjid Negara sewaktu lelaki tersebut dibawa ke balai polis.

Posted by Astro AWANI on Thursday, September 17, 2015

Rakaman CCTV kejadian Imam Masjid Negara ditampar ketika solat Jumaat sebentar tadi

Posted by Agenda Daily on Friday, September 18, 2015


Post a Comment