3 Foto...Subahanallah .. adik bantu kakak ikat mulut bayi nya dan buang dengan kejam

Jempol : Seorang lelaki yang juga adik kepada ibu bayi perempuan yang ditemui dekat ladang kelapa sawit Felda Palong 2 ditahan di rumahnya petang kelmarin.





Ketua Polis Daerah Jempol, Superitendan Hamzah Alias berkata, lelaki berusia 23 tahun itu ditahan ketika berada dirumahnya petang kelmarin kira-kira jam 5.

"Suspek merupakan adik kepada ibu bayi berusia 28 tahun, yang mana bayi itu dibuang selepas dilahirkan di rumahnya di Felda tersebut.

"Manakala penahanan suspek adalah hasil risikan pihak polis dan maklumat awam sebaik kejadian dilaporkan.

"Berdasarkan siasatan awal suspek diarahkan oleh kakaknya membuang bayi berkenaan di ladang sawit itu," katanya ketika mengesahkan penahanan suspek.

Hamzah berkata, ibu bayi itu pula dibebaskan dengan jaminan polis dan ketika ini menerima rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

"Adiknya ditahan reman selama empat hari bermula hari (semalam) ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran yang membawa kepada kematian bayi berkenaan.

“Polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut kejadian walaupun wanita itu mengakui melahirkan bayi berkenaan," katanya.

Sebelum itu seorang penternak lembu di Felda Palong 2, di sini tidak menyangka bungkusan plastik yang ditemui di ladang kelapa sawit adalah mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat.

Md Jamil Samad, 65, berkata, dia masuk ke ladang berkenaan seperti kebiasaan bagi menjenguk ternakannya sekitar jam 1.30 petang kelmarin.

“Saya lihat lembu-lembu sedang mengerumuni sesuatu. Saya tinjau ada bungkusan plastik hitam.

“Namun saya terkejut apabila ada satu tangan terjulur keluar, seperti tangan manusia. Beristighfar saya sekejap. Tetapi saya tidak berani usik,” katanya.

Musykil dengan perkara itu, katanya, dia terus memaklumkan kepada imam masjid di Felda berkenaan, Rahim Ma’an dan juga Arifin Hussain yang merupakan Pengerusi Kariah Masjid Felda Palong 2 sebelum dimaklumkan kepada polis.

“Imam sahkan yang benda itu betul-betul tangan manusia dan mungkin bayi. Luluh hati saya bila lihat sendiri bayi malang itu dibuang sedemikian rupa kerana mayat bayi itu sudah cukup sifat.

“ALLAH lebih menyayanginya dan walaupun sudah tidak bernyawa, setidak-tidaknya jasadnya masih elok,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, bayi berkenaan dipercayai dilahirkan kira-kira 12 jam sebelum dijumpai kira-kira 400 meter dari jalan Kampung Felda Palong 2.

“Bayi yang masih bertali pusat ini balut dengan kain batik dan dibungkus dalam plastik hitam. Hasil pemeriksaan juga mendapati, bayi tersebut sudah tidak mempunyai sebarang pergerakan dan tindak balas, malah mulutnya juga tertutup. 

“Mayat bayi dihantar ke Hospital Jempol sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban untuk proses bedah siasat,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran. - SH


Post a Comment