Punca Sebenar Wanita Rempuh Bangunan, Bakar Diri...

Seorang wanita dipercayai cuba membunuh diri dengan merempuh bangunan pejabat sebelum membakar dirinya, dalam kejadian di Bangsar South, dekat sini, pada jam 5 petang tadi.


Wanita itu dikatakan bekas pekerja sebuah syarikat di bangunan itu dan dipercayai bertindak sedemikian selepas tidak berpuas hati dengan syarikat berkenaan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad, berkata mangsa yang melecur hampir 50 peratus keseluruhan tubuhnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

"Sepasukan anggota polis sudah dihantar ke lokasi untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi. - BH

Kelihatan seperti seseorang cuba membakar diri di dalam kereta
Kelihatan seperti seseorang cuba membakar diri di dalam kereta. Kejadian berlaku sebentar tadi di banggunan Everis Bangsar South.More : Sukan Star TV @ Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Friday, August 14, 2015


Post a Comment