Pak Pie Kecewa & Sedih Difitnah Meninggal Dunia..

Kepala Batas - Dakwaan yang tersebar di Internet kononnya pelakon dan pelawak veteran tanah air Shafiee Jaafar meninggal dunia adalah tidak benar kerana dia masih dirawat di Hospital Kepala Batas (HKB) di sini, sejak semalam.

Shafiee atau lebih mesra dipanggil Pie, 84, dimasukkan ke HKB pada 2 pagi semalam selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau menyebabkan seluruh badan mengigil.


Menurutnya, dia benar-benar kecewa dan sedih kerana masih ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah dan tidak mengerti apakah tujuan dan matlamat berita itu disebarkan.

Katanya, dia masih lagi dirawat dan mendapat pengawasan doktor kerana dimaklumkan bahawa paru-parunya dijangkiti kuman.

"Tolong hentikan semua ini (fitnah) dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini (sebar fitnah)," katanya ketika ditemui di Hospital Kepala Batas pagi tadi.

Fitnah itu 'viral' di laman sosial Facebook sejak awal pagi tadi. Ada yang percaya pelakon filem Nana Tanjung dan Mami Jarum itu meninggal dunia. - HM


Post a Comment