Hari Lahir Paling Pedih Untuk Teman Wanita Curang..

Dalam satu video yang kini tersebar, lelaki terbabit kelihatan memimpin teman wanitanya yang menutup mata kononnya untuk melihat kejutan hari lahir yang diatur untuknya.

Teman wanitanya pun dengan penuh teruja kelihatan tak sabar untuk membuka mata namun apabila tiba saat dinantikan, apa yang dilihatnya amat mengejutkan iaitu kain baju dan barang miliknya yang sudah siap berbungkus!


Selesai menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir, lelaki tersebut kemudiannya menjelaskan bahawa dia tahu dia dicurangi membuatkan senyuman yang meleret di bibir teman wanitanya terus hilang.

Dalam erti kata lain, lelaki tersebut menghalau pasangannya itu kerana curang di belakangnya dan dia tidak perlu memaki hamun untuk membalas pengkhianatan dengan cara paling pedih.

Pembalasan bagaimana lagi yang lebih pedih daripada ditipu pada hari lahir dan pada masa sama perbuatan curang dibongkar hingga satu dunia tahu kan? – MYNEWSHUB.CC



Post a Comment