Dayana, Isteri Pertama Ashraf Muslim Hamil 4 Bulan ?

Murai Batu menerima perkhabaran baru mengenai isteri pertama pelakon popular Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana dikatakan telah hamil anak pertama untuk sekian lamanya.


Dikhabarkan Noor Dayana telah hamil 4 bulan dan difahamkan juga kondisi kandungannya juga dalam keadaan sihat waalfiat.

Syukur Alhamdulilah, kalau benar  perkhabaran ini, Murai Batu yakin Noor Dayana mesti rasa syukur dan gembira dengan rezeki yang dikurniakan.

Maknanya makin besarlah ahli keluarga Ashraf Muslim yang kini dia telah dikurniakan 2 orang anak daripada isteri keduanya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Semoga keluraga Ashraf Muslim terus dirahmati Allah dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami yang soleh buat isteri-isterinya.



Post a Comment