3 Foto.. Wawa Zainal Selamat Melahirkan..Tahniah..

Akhirnya harapan Wawa Zainal untuk menimang cahaya mata perempuan menjadi kenyataan apabila beliau selamat melahirkan anak keduanya malam tadi.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Binti Zainal Abidin melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 10.04 minit malam. Wawa dan suaminya Aeril Zafril yang sebelum ini dilanda kontroversi kerana berkahwin secara senyap dikurniakan anak sulung Ahmad Fakhruddin Attar.

Masih belum memilih nama untuk anak perempuannya, Wawa ada memuat naik gambar Aeril dan Attar di Instagram miliknya yang kelihatan begitu gembira dengan penambahan ahli baru dalam keluarga mereka. Tahniah kami ucapkan. 






Post a Comment