Wajah Insan mulia Derma Kereta Untuk Bapa 3 Anak...

Ahmad Reza insan yang menjadi viral di media sosial kerana menaiki motosikal dari Sepang ke Pulau Pinang telah menerima pemberian seorang insan istimewa yang mana identitinya di rahsiakan walaupun berjaya di kesan oleh pelayar media sosial.

Beliau merupakan seorang yang mempunyai naluri sorang bapa yang mudah tersentuh meilhat insan lain sanggup berkorban demi anak-anak mereka, kerana dia juga mempunyai anak.

Ternyata, nasib Ahmad Reza Samsuddin, 38, mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia yang terbukti prihatin.

Bermula daripada gambarnya menjadi ‘viral’, sehinggalah kepada ramai yang simpati, mekanik jalanan itu menerima kereta Proton Iswara yang diberi seorang peniaga, petang tadi.

Bagi Ahmad Reza, dia perlu meneruskan hidup dan pada masa sama amat berterima kasih kepada keprihatinan rakyat Malaysia.

Pada saudara kita yang berhati mulia itu sama-sama kita doakan beliau juga di murahkan rezeki dengan apa yang beliau lakukkan.






Sumber - Mestimauu



Post a Comment