Wanita Bertudung Perlu Berhati Hati Bila Berpakaian Sebelum Terkena...

Dalam kerancakan masa sekarang, kita banyak mendengar perubahan dan hijrah yang dilakukan oleh seseorang demi untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik.


Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui.Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam.
For those compelled to learn the religion and want to leave a bad thing in terms of the application, including football, is something that we should be thankful for.
That is the story want to migrate.
Penulis terjumpa satu blog yang boleh dikatakan memalukan dan mengaibkan diri seseorang.Di blog tudung-candid.blogspot.com (sudah dibuang), terlalu banyak gambar yang dipaparkan yang boleh mendatangkan perasaan marah dan geram.

Semuanya adalah gambar wanita yang bertudung bermacam-macam jenis dan fesyen yang digayakan mengikut perkembangan zaman sekarang ini.

Terlalu banyak entri menulis tentang wanita yang bertudung ditulis beserta lengkap dengan gambar-gambar wanita bertudung.

Tajuk-tajuknya juga terlalu ‘pedas’ dan menusuk hati kalau dibaca.Mungkin si penulis blog itu mempunyai niat untuk menegur wanita-wanita yang bertudung zaman sekarang untuk bertudung mengikut hukum Islam.

Cuma, bagi penulis, cara dan ayat yang digunakan adalah sama sekali tidak sesuai.Malah, gambar-gambar yang ditangkap dan dimuat naik juga adalah secara ‘candid’. Jadi, mudahlah si penulis blog untuk menulis entri yang ‘tajam’ seperti itu.

Nak-nak lagi, menulis blog dan membuat blog itu adalah terlalu bebas diamalkan pada masa ini.

Jadi, bagi wanita-wanita yang diluar sana yang memakai tudung, sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang hukum-hukum cara bertudung dan berpakaian.Supaya, tidak menjadi mangsa kritik bagi sesetengah pihak.

Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu lahirnya dari diri kita sendiri. - Sumber asal



Post a Comment