Sedih..Gadis Hamil 8 Bulan Hasil Zina, Teman Lelaki Lari Nikahi Wanita Suci..

Ketika daftar masuk Baitus Solehah tidak berterus terang menyatakan ini adalah mengandung kali kedua. Begitu juga ketika buka buku merah di klinik kesihatan. Rekod perihal kehamilan mencatatkan ‘primid’.

Namun kebenaran tetap kebenaran. Silap cakap, membuka rahsia. Ketika di bilik kaunselor, cakap teragak agak dan berputar putar. Akhirnya buat pengakuan, ini adalah kandungan kedua. Anak yang dilahirkan ini, adalah anak kedua. Anak pertama dilahirkan 2 tahun yang lalu di Selangor. Ketika itu teman lelaki masih setia, konon bertanggungjawab.


Sebaik bayi dilahirkan di hospital kerajaan, apabila urusan daftar keluar tidak lepas. Waris dikehendaki hadir untuk membawa keluar kerana melahirkan anak tanpa suami. Teman lelaki tidak boleh membawa keluar, walaupun mengaku suami tanpa bukti sijil pernikahan. Jadi perbuatan yang dirahsiakan selama ini dari pengetahuan keluarga , terbongkar akhirnya.

Setelah keluar wad, teman lelaki telah mengambil anak tersebut dan diserahkan kepada sepasang suami isteri yang tidak mempunyai anak. Dengan imbalan sejumlah wang untuk biaya kehidupan mereka berdua seterusnya. Hanya 3 hari sahaja ibu itu dapat bersama anaknya. Disaat payudara dipenuhi susu, anak diserahkan kepada keluarga angkat. Tidak ada rasa kekesalan kerana berzina hingga melahirkan anak. Hidup diteruskan seperti pasangan suami isteri.
Apabila mengandung kali kedua dengan teman lelaki yang sama, ketika kandungan mencecah 8 bulan, teman lelaki telah menikahi wanita suci. Meninggalkan dia terkontang kanting tanpa arah. Sebusuk mana pun perbuatan adik, kakak kandung masih ada rasa sayang dan simpati. Adik dijemput dari rumah sewa dan terus dihantar ke Baitus Solehah dengan harapan insaf dan sedar akan dosa dosa yang telah dilakukan selama ini. Kakak mohon agar adiknya dibimbing untuk bertaubat dan berubah.
Anak kedua ini perempuan. Berwajah mungil. Ketika saya membuat pendaftaran sijil kelahiran, dari data ibu, menunjukkan anak ini adalah anak pertama. Ini membuktikan seseolah anak ini adalah anak pertama dan ini juga membuktikan daftar kelahiran anak pertama 2 tahun dulu telah dimanipulasi. Nama ibu telah dipalsukan dengan nama orang lain. Alangkah sedihnya, anak itu hilang identiti sebenar. Nasabnya terputus dan tidak diketahui.

Anak itu tidak akan kenal siapa ibu kandungnya dan kemungkinan suatu ketika nanti jika bernikah saudara sendiri pun tidak mustahil. Alangkah rosaknya tamadun manusia kerana adanya manusia yang takut , tamak dan ego. Takut , mahu anak itu hanya mengenali mereka adalah ibu dan bapa kandung, takut kehilangan, mereka menipu diri sendiri, merasa seseolah memiliki anak kandung, tamak dengan kasih sayang, tidak mahu jika anak itu tahu dia ada ibu kandung, anak itu akan menyayangi lbu kandung, dan pulang kepangkuan ibu kandung, dan ego dengan masyarakat dan Tuhan.

Mereka mahu menutup kelemahan dan kekurangan diri, mahu dipandang sempurna dimata masyarakat. Jika benar mereka dambakan kasih sayang seorang anak, sebagai buah hati dan memecah kesunyian, tidak tamak kasih sayang, tentu mereka tidak memalsukan identiti anak tersebut. Mereka tidak perlu takut, jika ikhlas memelihara anak tersebut kerana ingin membantu, berkongsi harta yang dimiliki bersama dengan anak itu, mereka tidak akan memutuskan hubungan anak itu dengan ibu kandungnya.

Alangkah sedihnya…dukanya hati seorang ibu jika dia tahu identiti anaknya telah dipalsukan. Anak itu tidak mempunyai nasab sebelah ibu kandungnya.

– Baitus Solehah via Suarainsan.net.


Post a Comment