'Percayalah Segagah Mana Pun Lelaki, Dia Tak Mampu Nak Hamil & Tahan Sakit Bersalin...'

Artikel ini dikongsikan oleh Puan Shiela Amir. 

Semoga menjadi iktibar dan memberi kesedaran kepada para suami di luar sana. 


Orang perempuan ni kuat. Bab mengandung, dari mula mengandung, macam2 kena go thru. Morning sickness, sakit kepala, sakit pinggang, sakit belakang, kaki cramped tengah malam, nak bangun dari katil susah, nak berjalan tak larat badan berat dah mcm badak. Itu belum yang kena sembelit & buasir.

9 bulan bawa kandungan. Lepas tu bab bersalin, berjam-jam tahan sakit contraction. Ada yang berhari-hari. Sakitnya Allah je yang tau.

Belum campur sakit kena seluk nak cek jalan, sakit kena gunting, sakit kena jahit. Even ada yang end up kena czer. Bila dah settle, bab berpantang pulak. Paling elok pantang 100 hari. Tak boleh makan tu, tak boleh makan ni.

Jalan kena slow2 sebab sakit. Lagi2 kalau yang kena jahit tu. Tak kisah la jahit czer ke jahit bawah. Dua2 pun sakit. Lepas tu nak kena kuruskan badan balik, nak hilangkn stretch marks yang degil tu, nak kempiskan "poket kangaroo" lagi & the list goes on.

Jadi 9 bulan plus 100 hari pantang, seorang wanita bekorban lebih kurang 1 tahun untuk melahirkan seorang anak yang kemudian berbin/berbintikan suaminya.

Maka wajarlah para suami menghargai & memuliakan isteri masing2. Don't take them for granted. Percayalah, segagah mana pun lelaki, dia tak mampu nak mengandung & menahan sakit bersalin yang mampu ditanggung oleh selembik-lembik seorang wanita. Ada sebab kenapa Allah pilih wanita yang melahirkan zuriat & keturunan anda ❤.



Post a Comment