Menyentuh Hati..Kisah "Anak Syurga", Luahan Ibu & Ayah..

Satu gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ruqayyah Farhani, mencetus sebak para pengguna media sosial dan menjadi viral.Gambar yang diberi tajuk "Anak Syurga" itu memaparkan Ruqayyah yang bertudung labuh, tersenyum sambil memangku bayinya, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak yang kini sudah menemui Pencipta.

Menurut penulisan Ruqayyah, beliau redha dengan pemergian bayinya walaupun hanya sempat bersua muka selama 14 hari.


Status si bapa kepada arwah Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak di facebooknya  :-

Dipetik dari FB Mubarak Hasanuddin
11 May at 01:50
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Isteri saya baru melahirkan dua puteri kami pagi ini , 11 Mei 2015. Bayi pertama pada jam 5:41 pagi dan bayi kedua tepat jam 5:47 pagi. Mohon teruskan berdoa agar kedua-dua anak ini diberi kesihatan yang baik dan membesar sebagai anak-anak yang solehah mentaati suruhan Allah.
Babies diletakkan dalam perhatian wad NICU kerana terlalu comel smile emoticon (dilahirkan pada minggu ke 29)
Anak-anak baba mama kuat-kuat semua!
17 May at 14:40
Bismillah.
Maha suci Allah, Tuhan yang mencipta segala sesuatu di atas muka bumi. Tuhan yang menciptakan tanah, angin, langit, tumbuhan, cahaya, dan perasaan. Bahkan Dia turut mencipta manusia di dalam tubuh seorang manusia.
Sungguh, maha suci Allah yang menciptakan dua permata yang membenih dalam tubuh seorang manusia.
Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke-7 kelahiran dua puteri kami. Juga hari ke-7 keberadaan mereka berdua dalam perhatian wad NICU disebabkan kelahiran yang sedikit awal.
Mohon didoakan kedua-dua anak kembar ini agar dikurniakan kesihatan yang baik, cepat-cepat boleh balik jumpa atok dan nenek, dan membesar dengan ceria sebagai hamba Allah dan anak yang taat.
Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak.
Marsya Farihah binti Abdullah Mubarak.
24 May at 00:11
Anak pertama kami, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak kembali menghadap ilahi setelah 14 hari singgah di dunia.
Al Fatihah.
Status si ibu kepada arwah Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak di facebooknya  :-

Dipetik dari FB Ruqayyah Farhani
Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi 'syafaat' buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :')
Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.
Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama :'D

Di ruangan komen pula, pengguna-pengguna facebook memberikan semangat kepada Ruqayyah supaya tabah menghadapi ujian Ilahi.

Selain itu, Ruqayyah juga turut meminta orang ramai untuk mendoakan adik kepada Maryam, Marsya Farihah yang kini sedang bertarung nyawa.

Takziah diucapkan kepada Ruqayyah dan semoga adik Marsya sihat walafiat.


Post a Comment