Memilukan..Ayah Jual Kek Muffin Tiada Harga Demi Anak..

Semalam, seorang pengguna Facebook, Muhammad Ezani memuat naik satu status menyayat hati tentang pengorbanan seorang bapa yang menjual kek muffin demi membiayai kos rawatan anaknya yang lumpuh seluruh badan.Lebih menyedihkan, kek muffin itu tidak mempunyai harga. Ia dijual bergantung kepada keikhlasan orang ramai sama ada ingin membelinya dengan harga yang tinggi ataupun rendah. Semuanya terletak pada tangan si pembeli.


Beberapa keping gambar turut dimuat naik bagi menunjukkan keadaan si bapa ini atau nama penuhnya Muhammad Zakri Saimon. Anaknya, Nur Zetty Shazlily (8) telah menghidap penyakit lumpuh ini sejak 5 tahun lalu.Sambil menjual kek muffin, Zakri memaparkan keratan akhbar Berita Harian mengenai kisah derita yang ditanggung anaknya itu.


Dalam sekelip mata, status ini mendapat perhatian orang ramai dan telah menjadi viral. Semasa artikel ini ditulis, ia telah mengumpul sebanyak hampir 9,000 shares dalam masa kurang 24 jam selepas dimuat naik.


Difahamkan, anaknya, Zetty menghidap penyakit yang jarang sekali ditemui dan merupakan yang pertama di Malaysia iaitu sindrom Dravet, yang melumpuhkan pergerakan dan sarafnya sejak berusia tiga tahun lebih.

Isteri Zakri, Zahrah Mohd Jamian berkata, ketika berusia tujuh bulan, Nur Zetty sudah dimasukkan ke ICU kerana diserang sawan, selain menjalani pemeriksaan pengimbas pelbagai resolusi (MRI).
“Hati ibu mana tidak sedih melihat anak terbujur di atas katil wad yang penuh dengan mesin elektronik dan wayar berserabut di tubuhnya. Saat itu paling sukar untuk saya terima. Nur Zetty ketika itu masih kecil untuk menerima semua ini."
“Keadaan kesihatan Nur Zetty kian merosot. Sejak menghidap penyakit ganjil ini, Nur Zetty kerap diserang sawan. Setiap kali mendapat serangan penyakit itu, wajahnya bertukar biru, nafas terhenti seketika dan kejang seluruh otot."
“Saya ingin lihat ‘kenakalan’ Nur Zetty semula. Saya terlalu rindu mahu melihat Nur Zetty memunggah baju sudah dilipat. Rindu sangat untuk melihat anak saya menyepahkan rumah,” luah Zahrah.
“Apabila mahu berputus asa, saya kuat semula memikirkan Nur Zetty lahir normal dan pernah berjalan sebelum lumpuh. Setiap hari, saya beritahu Nur Zetty dia perlu kuat semangat. Selagi bernyawa, saya akan kekal di sisinya,” katanya lagi. - says.com


Post a Comment