Isteri Curang Rancang Potong Kepala Suami...

USA. Seorang wanita ditahan selepas didakwa merancang pembunuhan suaminya sendiri selepas rahsia wanita terbabit terbongkar, Isnin lepas.

Menurut laporan Mirror, Maria Hernandez, 33, menyuruh adiknya Hector Guttierrez, 22, membunuh suami, Enrique, 43.


Siasatan polis mendapati Enrique mengetahui Maria bermain kayu tiga dan bertindak mengupah samseng untuk memukul kekasih isterinya sebelum kejadian tersebut berlaku.

Enrique sedang memeriksa enjin van beliau sebelum diserang Guttierrez pada hari kejadian.

Hernandez yang berada di lokasi serangan didakwa berpura-pura membantu suaminya sebelum memegang lelaki terbabit dan membantu Guttierrez memenggal Enrique.

Guttierrez kemudian melarikan diri sebelum ditahan di sebuah hospital di Las Vegas ketika mendapatkan rawatan.

Pasangan adik-beradik tersebut akan didakwa atas membunuh menggunakan senjata tajam dan merancang pembunuhan.

- SH


Post a Comment