Heliza Helmi Belum Berpunya, Terlalu Sibuk...

Sudah berusia 28 tahun, pasti ramai yang tertanya-tanya bilakah Heliza Helmi bakal menamatkan zaman gadisnya. Malah ramai yang meneka bahawa hati gadis comel ini telah menjadi milik seseorang namun berjaya dirahsiakan. Ada juga gosip Heliza bercinta dengan seorang pensyarah bertebaran baru-baru ini. Namun ternyata itu semua palsu semata-mata. Heliza masih solo, single dan tiada kekasih.


Bukannya tidak mahu mencari, namun kesibukan Heliza Helmi selaku duta Aman Palestin dan pelbagai aktiviti lain menyebabkan dirinya tiada masa untuk mencari teman hidup. Kata Heliza:-

Saya memang terkejut dengan gosip (bercinta dengan pensyarah) yang tidak berasas itu. Dari mana mereka dapat cerita saya bercinta dengan pensyarah itu? Gosip itu tidak benar sama sekali.
Terus terang, agenda saya sangat padat dengan pelbagai aktiviti dan program dan saya tidak ada masa pun nak membaca gosip di laman sosial. Justeru saya berharap, gosip itu dihentikan dengan segera kerana ia tidak benar.

Terus terang, saya sangat sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tidak ada masa untuk berehat pun. Malah saya pun hanya dapat tidur sejam sehari sejak kebelakangan ini. Kesibukan dengan pelbagai aktiviti dan menguruskan karier seni juga menyebabkan saya tidak ada masa untuk mencari teman hidup.
Saya tidak berasa tekanan soal jodoh keranak eluarga cukup memahami perkara itu. Kakak saya pun belum berkahwin lagi. Apa pun saya juga berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan jodoh yang baik nanti. - HM


Post a Comment