Akibat Perbuatan 'Ringan-Ringan' Akhirnya Tanggung Dosa Sampai Mati..

“Dosa ini akan saya bawa sampai mati. Walaupun saya rahsiakan (daripada pengetahuan keluarga) tapi Tuhan tahu dosa bunuh saya lakukan,” keluh seorang gadis yang nekad menggugurkan kandungan luar nikah di sebuah klinik swasta di Bangsar, di sini.

Salina (bukan nama sebenar), 22, berasal dari Kelantan mengaku menjalani hidup bebas selepas berhijrah ke ibu kota untuk menyambung pelajarannya di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) pada Disember 2013.

SALINA (kiri) menceritakan perbuatannya membuang janin kepada wartawan. 

“Saya sebelum ini bersekolah menengah khusus untuk pelajar wanita saja. Perasaan ingin mempunyai kekasih menyebabkan saya seolah-olah terkena kejutan budaya apabila kerap keluar dengan teman lelaki yang juga rakan IPTS.

“Malah, saya sering melepak di rumah sewanya di Taman Melawati, di sini, memandangkan teman serumahnya turut membawa teman wanita masing-masing,” katanya kepada Metro Ahad ketika ditemui, di sini.

Dia berkata, perbuatan ‘ringan-ringan’ pada peringkat awal akhirnya menyebabkan dia terjerumus ke dalam perbuatan zina. - HM


Post a Comment