Tindakan Mengejutkan Lelaki Ini Balas Dendam Kepada Buaya Baham Isterinya Yang Hamil !

Seorang nelayan yang berang selepas isterinya yang sarat mengandung telah dibaham buaya telah nekad memburu buaya tersebut.


Sebelum ini isterinya, Demeteriya Nabrie, dipercayai telah keluar mencari kayu api berhampiran sungai Nawaikoke berhampiran dengan rumah mereka dan tidak pulang selepas beberapa jam.

Menyedari isterinya lambat pulang beliau dan orang-orang kampungnya telah keluar mencari Demeteriya dan terjumpa sesuatu yang mengejutkan iaitu keratan kaki mangsa yang masih berselipar serta telefon bimbit.

Berang dengan kejadian itu suaminya Mubarak Batambuze telah pergi ke kedai besi untuk menempah sebatang lembing yang paling tajam untuk memburu haiwan reptilia tersebut.

"Saya berjumpa dengan seorang tukang besi dan membayarnya £4.65 (RM25.02) supaya dia boleh membuat lembing paling tajam untuk saya." katanya.

Beliau yang terus ke sungai selepas lebing besinya itu siap telah berjaya menjejak haiwan tersebut berhampiran dengan lokasi tempat kejadian isterinya dibaham seminggu lalu.

Lelaki berusia 57 tahun itu kemudiannya membalas dendam dengan menangkap haiwan itu naik ke tebing sungai dengan bantuan lima nelayan lain.

Dia kini dilabelkan sebagai hero oleh penduduk kampung kerana membunuh buaya yang ganas itu dan menghantui penduduk kampung sejak setahun lalu.


Post a Comment