Inilah Kronologi Kisah Pemuda Terajang Pak Cik Lelaki Tua..

Perbuatan seorang pemuda menerajang lelaki tua di sebuah kedai makan menimbulkan persoalan terhadap nilai moral dan akhlak dan generasi muda.

Dalam rakaman video yang dimuat naik pemilik akaun Facebook, Anna Rubysha, ia menunjukkan pemuda yang duduk bersebelahan mangsa bertindak menendang dua kali ke arah lelaki berkenaan.


Tidak cukup dengan itu, dia mengangkat kerusi dan cuba membalasah sebelum ia berjaya di halang oleh salah seorang perempuan yang berada berdekatan.

Berdasarkan komen dalam Facebook berkenaan, tiada lokasi dan tarikh kejadian diberikan.

Beberapa jam selepas visual berkenaan tersebar, salah seorang pembaca yang mengenalkan dirinya sebagai Norhashimah Saad memaklumkan lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Pian telah meminta maaf kepada lelaki berkenaan.

Ia dikatakan berpunca selepas dia menampar anaknya.


Bagaimanapun, kejadian yang berlaku  menimbulkan tanda-tanya kewajaran lelaki tua itu diperlakukan walaupun ia telah menampar anak Pian.

Petikan berita Harian Metro:-

Kuantan: Berang akibat anak ditampar dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak menendang warga emas sehingga tersembam seperti dalam rakaman video yang tersebar di laman sosial Facebook (FB) sejak kelmarin.

Rakaman berdurasi 1 minit 9 saat itu dirakam di kedai makan di Bukit Goh, di sini, kira-kira 3 petang, Jumaat lalu dan dimuat naik seorang pengguna FB kira-kira 11 malam, Ahad lalu sehingga mendapat pelbagai reaksi dan kecaman daripada orang ramai.

Dalam rakaman itu, seorang pemuda berusia awal 30-an tiba-tiba menendang lelaki warga emas berusia lingkungan 60-an hingga terjatuh sebelum cuba memukulnya dengan kerusi namun dihalang orang ramai yang berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan sudah memohon maaf dengan warga emas itu dan rakaman 'perdamaian' antara mereka turut dimuat naik ke laman FB.

Menurut sumber, lelaki dipercayai berasal dari negara jiran itu gagal mengawal perasaan selepas warga emas terbabit mengaku menampar anak lelakinya berusia empat tahun, namun dia menyesali perbuatan itu dan sudah memohon maaf secara bersemuka.

"Tidak dapat dipastikan punca warga emas berkenaan menampar anak lelaki itu, namun perselisihan faham antara mereka sudah diselesaikan dengan cara baik dan mereka juga sudah berdamai malah lelaki itu juga sudah menerima balasan atas perbuatannya," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Katanya, lelaki terbabit mengaku menyesal dengan perbuatannya itu serta menangis selepas ditunjukkan rakaman berkenaan tetapi hasrat untuk mengadakan pertemuan semula bertujuan memohon maaf dengan keluarga mangsa tidak kesampaian.

"Dia bersama anak dan isterinya kini tiada di rumah dipercayai sudah pulang ke negara asal kerana bimbang keselamatan diri selepas video perbuatannya itu menjadi viral di Internet dan mendapat kecaman ramai pihak selain bimbang dikenakan tindakan undang-undang.

"Saya difahamkan kes ini sudah dimaklumkan kepada polis dan kini dalam perhatian pihak berkenaan namun pada masa sama, saya berharap orang ramai tidak terus menyebar video itu sebaliknya membiarkan pihak berkuasa menjalankan siasatan," katanya.

Ape yang diamukkan sangat dengan pakcik tu hurmm..sumber : http://goo.gl/Z5TVYQupdate : Video permohonan maaf dan...
Posted by Sukan Star TV on Sunday, April 26, 2015

Video permohonan maaf.

Video permohonan maaf brader kedai makan yang penerajang pakcik sampai jatuh tuCerita dari seorang saksi kejadian...
Posted by Sukan Star TV on Sunday, April 26, 2015


Post a Comment