Isteri Adam AF Keguguran Selepas Hamil 7 Minggu

Takziah diucapkan kepada Fiza dan Adam yang telah pun mendapat berita sedih keguguran anak di dalam kandungan selepas hamil 7 minggu. Pastinya ia satu dugaan yang amat hebat buat pasangan suami isteri ini lebih-lebih lagi ini adalah anak pertama mereka. 

Keguguran tersebut telah berlaku pada penghujung bulan Mac yang lalu. Nampaknya masih belum ada rezeki untuk pasangan ini menimang cahaya mata.


Sebelum ini, rumahtangga Adam dan Fiza pernah dilanda badai sehingga berlaku penceraian. Namun kedua-duanya kembali rujuk semula kerana rasa cinta yang amat tebal di dalam hati. Berita sedih ini dianggap Adam sebagai satu ketentuan daripadaNya. Kata Adam:-

Apabila mendapat perkhabaran isteri mengandung sudah tentu saya gembira kerana kehadiran cahaya mata akan mengeratkan lagi kasih sayang kami namun sudah tiada rezeki kami apabila dia mengalami keguguran. Kejadian berlaku pada akhir Mac lalu ketika kandungannya memasuki usia tujuh minggu. - mStar


Post a Comment