8 Filem yang diharamkan di Malaysia ! Tengok Yang No.8 Tu !



Berikut merupakan senarai lapan buah filem antarabangsa dan juga tempatan yang diharamkan ditayang di Malaysia.

Fifty Shades of Grey
Image result for Fifty Shades of Grey


Filem yang diangkat dari sebuah novel popular 'Fifty Shades of Grey' ini sememangnya dijangka tidak akan ditayangkan di Malaysia. Bagaimanapun pengedar filem di Malaysia iaitu United International Pictures (UIP) pada awalnya berkata filem tersebut akan ditayangkan di Malaysia dan berita tersebut nyata menggembirakan sesiapa yang membaca novel tersebut. Kegembiraan itu bagaimanapun tidak lama apabila Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengharamkan filem lakonan Dakota Johnson dan Jamie Dornan kerana dikatakan terlalu pornografi.

Sex Tape
Image result for sex tape movie

Filem ini adalah filem kedua berunsur s/ks yang diharamkan di Malaysia pada tahun 2014. Rata-rata tidak terkejut dengan pengharaman filem tersebut kerana judul filem tersebut awal-awal lagi mengisahkan tentang s/ks, maka tidak hairanlah ia diharamkan. Walaubagaimanapun, orang ramai masih boleh menonton filem di Internet.

The Wolf of Wall Street
Image result for The Wolf of Wall Street

Filem yang dibintangi pelakon hebat Leonardo DiCaprio ini diharamkan ditayangkan di Malaysia kerana terdapat kelucahan, babak bog/l serta s/ks. Selain itu, filem arahan Martin Scorcese ini juga mencipta rekod penggunaan perkataan lucah 'F**K' paling banyak dalam filem R-rated iaitu sebanyak 506 kali dalam filem itu atau 2.81 kali seminat. Jadi tidak hairanlah ia diharamkan di sini.

The Raid 2: Berandal
Image result for The Raid 2: Berandal

Jika sebelum ini filem pertama garapan Gareth Evans "The Raid: Redemption" pernah ditayangkan di Malaysia pada tahun 2011, namun untuk s/kuel kedua ini iaitu "The Raid 2: Berandal" ini diharamkan dari ditayangkan di Malaysia. Menurut Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF), filem yang diterajui oleh Iko Uwais ini mempunyai terlalu banyak babak ganas keterlaluan di dalam filem ini.

Noah
Image result for noah

Filem yang memaparkan jalan cerita berasaskan kepada kisah hidup Nabi Nuh A.S ini mendapat kritikan hebat daripada negara-negara Islam di dunia berikutan memaparkan ilustrasi atau wajah Nabi Nuh yang sememangnya bertentangan dengan Garis Panduan Penapisan Filem Kementerian Dalam Negeri dan selaras dengan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Selain Malaysia, beberapa negara di Timur Tengah seperti Qatar, Bahrain, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan banyak lagi telah mengharamkan tayangan filem yang dibintangi Russel Crowe, Jennifer Connelly, Anthony Hopkins dan Emma Watson. Malah institusi terkenal Islam di Mesir, Al-Azhar turut mengeluarkan fatwa yang mengharamkan filem ini.

I Spit On Your Grave
Image result for I Spit On Your Grave


Filem yang mengisahkan tentang seorang wanita yang membalas dendam terhadap sekumpulan lelaki yang merogolnya ini bukan sahaja diharamkan di Malaysia, malah terdapat banyak negara lain yang turut mengharamkan tayangan filem ini antaranya Singapura, Thailand, China, New Zealand dan banyak lagi. Ini kerana filem arahan Steven R. Monroe ini didakwa mengeksploitasi golongan wanita.

Dukun
Image result for dukun

Filem seram tempatan "Dukun" arahan pengarah hebat Dain Said ini sememangnya dinanti-nanti oleh ramai pada tahun 2007. "Dukun" merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari kes pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan ahli politik Datuk Mazlan Idris dan Mona Fandey yang didakwa seorang pengamal ilmu hitam.

Berikutan itu, Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) telah mengharamkan filem tersebut kerana jalan ceritanya yang kontroversi serta menyinggung perasaan keluarga yang terlibat.

Banglasia
Image result for banglasia

Filem yang diarahkan oleh pengarah kontroversi Namewee ini sepatutnya ditayangkan di seluruh negara pada 30 Januari 2014, namun filem "Banglasia" telah diharamkan dari ditayangkan di Malaysia dikecam hebat oleh Lembaga Penapisan Filem Negara (LPF) dan Kementerian Dalam Negeri Malaysia (KDN) ketika proses kelulusan filem.

Pihak LPF dan KDN turut memberikan sebanyak 31 catatan rasmi iaitu 90 peratus dari filem tersebut sekaligus mengarahkan filem tersebut membuat penggambaran semula.

Malah "Banglasia" turut tidak dibenarkan ditayangkan di laman sosial YouTube atau dijual di pasaran secara sah atau haram dan pihak yang menayangkan filem ini di rumah ataupun di kawasan awam akan berdepan tindakan undang-undang.

Tupai.com.my


1 comments:


Lagi Gambar ... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

Reply

Post a Comment