[PENTING !!] Melihat Gejala Penyakit dari Keadaan Tangan

Tangan merupakan bahagian tubuh yang hampir selalu kita lihat. Tetapi, kita jarang benar-benar mengamati keadaannya, padahal apa yang kelihatan di tangan boleh menjadi petanda adanya gangguan kesihatan. 


- Gemetar Jika tangan anda gementar tak terkawal, pertama jangan panik. Salah satu alasan mengapa tangan mengalami gegaran adalah terlalu banyak kafein. Beberapa jenis ubat seperti ubat asma dan antidepresi juga boleh menyebabkan tangan menggeletar. Tetapi jika gegaran yang dialami bukan kerana penyebab itu dan terjadi cukup sering, Berjumpalah dengan doktor. Gegaran juga boleh menjadi petanda penyakit parkinson. 

- Kuku rapuh dan patah Keadaan kuku yang rapuh dan patah boleh menandakan anda kurang zinc. Fungsi dari mineral ini adalah membantu pertumbuhan dan memperbaharui sel kulit. - Kulit mengelupas Jika kulit di kawasan jari-jari mengelupas, ini boleh jadi petanda kekurangan vitamin B. Penggunaan makanan yang mengandungi vitamin B seperti niasin (B3) dan biotin (B7) seperti ikan , kacang-kacangan, alpukat, cendawan, dan tuna. 

- Kulit kering dan gatal Nampaknya tak ada losyen yang boleh mengatasi keadaan kulit tangan anda yang kasar. Keadaan tersebut boleh juga disebabkan kerana ekzema, penyakit kulit yang menyebabkan kulit kering, gatal, atau ruam. Berjumpalah dengan doktor, dan jika ternyata itu bukan kerana ekzema, gunakan pelembab kulit yang mengandungi vitamin A. 

- Bintik coklat Kulit tangan sangat terdedah pada kerosakan akibat sinar ultraviolet kerana kawasan ini menyerap tambahan sinar UV. Faktor usia juga boleh menyebabkan timbulnya tompok kecokelatan di kulit. Pastikan anda menggunakan losyen badan mengandungi SPF untuk bahagian kulit yang terdedah kepada cahaya matahari. 

- Ujung jari membiru Ujung jari atau kuku yang berubah warna dari putih ke biru atau merah boleh menandakan penyakit sindrom Raynaud. Keadaan ini menyebabkan rasa sejuk di jari tangan dan kaki, juga rasa sakit, baal, dan seperti kesemutan. Penyebab sindrom Raynaud adalah kejang pada aliran darah sehingga mengurangkan peredaran darah. Lakukan rawatan segera. 

Sumber asal : Kompas


Post a Comment