Gambar Anak Kedua Tomok, Adik Arrian

Penyanyi Tomok, 31, dikurniakan anak kedua selepas isterinya, Rahayu Abbas selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan swasta di sini, petang tadi.


Rahayu melahirkan bayi seberat 3.33 kilogram itu pada 1.34 petang tadi.

Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkongsi berita gembira itu menerusi Twitter dan Instagram yang dimuat naik kira-kira 2 petang tadi.

Pasangan ini yang berkahwin pada 1 Julai 2011 memiliki seorang lagi anak lelaki, Arrianshah Akid yang kini berusia tiga tahun.

A photo posted by Tomok (@tomokofficial) on


Post a Comment