5 Gambar Terkini Isteri Kepada Allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia akibat kanser prostat, selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).


Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira jam 9.40 malam di sisi ahli keluarganya, di rumahnya di Pulau Melaka, kira-kira satu jam selepas keluar daripada HUSM.

Bapa kepada 10 orang itu meninggalkan balu, Tuan Sabariah Tuan Ishak, menghidap penyakit kanser prostat tahap empat.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pulau Melaka pada jam 10.55 pagi, sebentar tadi.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di sebelah kubur ayahandanya Nik Mat Raja Banjar yang meninggal dunia kira-kira 40 tahun yang lalu.

Terdahulu jenazah Allahyarham yang juga Mursyidul Am PAS disolatkan di Masjid Pulau Melaka kira-kira jam 10 pagi.

Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (kiri) tiba di kediaman bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat jam 7 petang bersama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.






Post a Comment