Kerana Terlalu Marah, Alyah Mengaku Langgar Kereta Ramli MS


Penyanyi Alyah mengakui telah sengaja melanggar kereta milik suaminya, Datuk Ramli MS ketika perbalahan kerana gambar yang telah dimuatnaik ke laman Instagram beberapa hari lalu.
Menerusi laporan Harian MetroAlyah mengakui telah melakukan perkara tersebut kerana sudah hilang kawalan dan gagal mengawal emosi atas ‘perbuatan’ suaminya.
“Memang saya buat sebab masa itu saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi pada hari itu mungkin habis benda lain pun saya langgar. Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar biarlah kami berdua saja yang tahu,” ujarnya.
Alyah Mengaku Langgar Kereta Ramli MS Kerana Terlalu Marah - ROTIKAYA
Penyanyi ini turut memaklumkan yang beliau terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM11,000 akibat perbuataannya itu untuk membaiki semula bahagian depan keretanya yang remuk selepas kejadian yang berlaku di hadapan kediaman mereka. - Rotikaya


Post a Comment