Cara “Mengukur” Kejantanan Lelaki dari Panjang Jari Tangannya


Sebahagian dari anda pasti pernah mendengar mitos yang mengatakan bahawa saiz zakar boleh diramal melalui jari tangan lelaki. Persoalannya, apakah anda percaya dengan mitos tersebut?

Sekarang, cuba perhatikan jari tangan anda, sama ada jari telunjuk anda lebih pendek berbanding jari manis? Jika ya, maka anda tergolong lelaki yang mempunyai zakar bersaiz besar. Sebab, bila yang terjadi sebaliknya, jari telunjuk lebih panjang daripada jari manis, maka umumnya lelaki tersebut mempunyai zakar bersaiz kecil.

Kenyataan tersebut di atas merupakan rangkuman kajian yang dihelat oleh ilmuwan bernama Denise Brooks McQuade, dan telah diterbitkan dalam Asian Journal of Andrology.

Selain mengukur panjang dan ketebalan zakar, saiz jari lelaki juga boleh menjadi penunjuk dari kualiti sperma, sama ada berisiko tinggi terkena kanser prostat, serangan jantung, dan beberapa jenis penyakit kelamin.

Pada tahun 2002 silam, sebuah kajian yang diterbitkan oleh The Journal of Urology sempat menyiarkan hasil yang menyatakan bahawa terdapat korelasi tinggi antara jari telunjuk dan jari manis dengan saiz alat vital lelaki.

Kajian tersebut meneliti sejumlah lelaki dengan keadaan sihat dan berusia di bawah 40 tahun. Hasil lain yang dipaparkan adalah kualiti sperma saat terjadi persenyawaan dalam rahim, turut mempengaruhi pertumbuhan dua jari yang berkaitan dengan keadaan zakar tersebut.

Sumber: live science



Post a Comment