8 Pelakon Lelaki Malaysia Berdarah Kacukan Mungkin Anda Tidak Tahu !

Seringkali kita melihat wajah-wajah yang berdarah kacukan sering mendapat perhatian untuk iklan mahu pun drama atau filem oleh kerana keunikan rupa paras mereka yang dilihat komersial dan sukar untuk dicari.

Selain itu, pelakon lelaki yang berdarah kacukan sering menjadi kegilaan para wanita, lebih-lebih lagi pada mereka yang masih belum berkahwin.

Jika mereka berada ditempat awam, pasti mereka diserbu oleh peminat wanita untuk bergambar bersama.

Jadi, jom lihat siapakah pelakon yang berdarah kacukan yang bukan sahaja kacak, malah berbakat dalam lakonan.

Zul Ariffin


Pelakon yang semakin diminati ramai ini merupakan anak jati kelahiran Taiping, Perak berdarah kacukan Melayu dan Belanda. Jadi tidak hairanlah mengapa pelakon drama bersiri "Rindu Awak 200%" ini diminati ramai sehinggakan ramai yang mencemburui hubungannya bersama kekasihnya Gayatri Su-Lin Pillai. Pelakon berusia 28 tahun ini sentiasa di buru oleh peminat wanitanya kerana bukan sahaja ketampanannya sehaja malah tubuhnya yang sasa menjadi idaman setiap wanita.

Keith Foo


Pelakon yang popular menerusi drama bersiri "Ariana Rose" ini sering disalah anggap bangsanya. Keith Foo atau nama sebenarnya Foo Chuan Chin merupakan pelakon berbangsa Cina yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan berdarah kacukan Cina dan India. Jadi, kerana itulah rupanya dilihat seperti Melayu. Selain itu, pelakon berbakat ini juga merupakan seorang yang serba boleh kerana fasih berbahasa China (Mandarin, Hailam & Cantonese) Tamil, Malayu, Inggeris dan Indonesia. Memang seorang pelakon yang berbakat besar.

Bront Palarae


Jika diikutkan pada nama komersialnya, ramai yang tidak menyangka bahawa Bront merupakan pelakon Melayu. Nasrul Suhaimin Bin Saifuddin merupakan nama sebenar pelakon kacukan Melayu dan Siam ini. Pelakon berusia 36 tahun ini dilihat unik kerana rupanya yang lain daripada yang lain jika dibandingkan dengan pelakon berdarah kacukan yang lain. Watak yang diberikan kepada pelakon berbakat ini juga dilihat lain daripada yang lain. Walaupun tidak di anggap seorang pelakon yang kacak, tetapi gaya santainya sering menarik perhatian wanita.

Mikail Andre


Pasti ramai yang tidak tahu bahawa adik kepada pelakon dan pengarah Pierre Andre ini sama seperti abangnya yang berdarah kacukan Melayu dan Perancis. Anak kepada pelakon Khadijah Tan ini mengikut jejak langkah keluarganya untuk terjun dalam bidang lakonan. Nama pelakon yang baru sahaja berusia 23 tahun ini sudah meniti di bibir peminat wanita dan ramai yang beranggapan rupanya saling tidak tumpah seperti abangnya. Selain itu, badannya yang sasa juga menjadi perhatian ramai wanita.

Zin Saidin


Mohamad Zain Bin Mohd Saidin atau nama komersial: Zain Saidin.Lahir pada 23 Februari 1984 dan berasal daripada Kuala Lumpur.Kacukan Malaysia dan England.Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik.Suami kepada selebriti jelita Rozita Che Wan dan mempunyai anak bernama Aaisyah Dhia Rana.Ibunya yang berasal dari England tetapi dalam masakan Melayu, Cina, dan Indi menjadi sumber inspirasi Zain Saidin untuk memasak dan memasuki MAsterChef Selebriti Malaysia.Zain juga mempunyai pengalaman memasak dalam beberapa rancangan masakan seperti “Ketuk-ketuk Ramadhan”, “Dapur Selebriti”, dan “Hot Guy Who Can Cook”. Perwatakan yang bersahaja dan kaedah memasak yang ringkas oleh Chef Jamie Oliver membuatkan Zain memilihnya sebagai Chef Pilihan.

Hans Isaac


Gerald Hans Isaac (atau lebih dikenali sebagai Hans Isaac) ialah seorang pelakon, penerbit, pengarah dan bekas model Malaysia. Beliau berasal daripada keturunan India, Filipina, Sepanyol dan Serani. Ibunya berketurunan Filipina dan Sepanyol manakala bapanya ialah orang India Malaysia. Mempunyai kerjaya pelbagai termasuk pelakon, juruacara, penulis, pengarah TV dan filem.Hans bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan St. John di Kuala Lumpur.Hans juga merupakan pengarah urusan dan pengarah kreatif Tall Order Productions Sdn Bhd, iaitu sebuah syarikat produksi filem dan program televisyen.
Jonathan Putra
Dilahirkan di England tetapi membesar di Amerika Syarikat, penggemar kopi tegar ini mula menjejakkan kaki ke Malaysia pada tahun 2005. Ketika itu tujuannya ke sini kerana mahu mencari ayahya. Tidak disangka-sangka, dia ditawarkan menjadi pengacara dilamar menjadi VJ Channel V.Jejaka berdarah kacukan Inggeris sebelah ibu dan India serta Cina (bapa) bukan saja mahir mengacara, malah berbakat sebagai pengarah, pelakon dan pemuzik.Pengalaman menerusi drama Oh My English, Ellie dan Epit, Pengancam Perkahwinan serta projek Ikal Mayang menambah cintanya terhadap bidang seni tempatan.Meskipun dilahirkan di United Kingdom serta mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, Jonathan mampu menyesuaikan diri dengan budaya tempatan, malah tidak kekok bertutur dalam Bahasa Malaysia.
Henry Golding
Berketurunan Inggeris dan Iban, jejaka tampan yang pernah bekerja sebagai pereka fesyen rambut di London ini pandai mencampurkan budaya Timur dan Barat dalam penyampaiannya sebagai pengacara rancangan televisyen.Memulakan kerjayanya sebagai pengacara The 8TV Quickie, beliau kini menjadi rebutan pelbagai rancangan lain.


Post a Comment