Langkah Langkah Awal Jika Anak Anda Tersedak Atau Tercekik [Penting !!]



Kes tersedak susu atau tercekik makanan sering berlaku sekarang hingga membawa kepada kematian.

Ambil langkah-langkah berikut jika anak anda tersedak atau tercekik :

● Jangan panik!
● Tunggu sehingga mangsa batuk.
● Minta bantuan.
● Buka mulut anak anda perlahan-lahan - keluarkan objek jika jelas kelihatan.
●Jika tidak berjaya, tepuk di antara tulang belikat mangsa dengan tapak tangan anda dengan kedudukan kepala mangsa lebih rendah dari badan. 

** Cara: Terbalikkan bayi anda dengan memusingkan mukanya ke bawah dan letakkan bayi anda pada bahagian lengan anda, seperti gambarajah di bawah.


Dengan menggunakan hujung tapak tangan, tampar dengan sederhana kuat di belakang bayi anda berkali-kali. Jika tiada tindak balas juga, anda boleh melakukan CPR pada bayi anda.

Bagaimana Caranya Melakukan CPR?

Letakkan dua jari anda pada tulang dadanya dan satu jari anda di bawah paras puting bayi. Tekan sebanyak empat kali berturut-turut sehingga satu setengah inci secepat yang mungkin pada bahagian dada bayi anda.


Post a Comment