Apakah Beza Cemburu Dan Dayus?


Menurut ulama maksud cermburu tanpa keraguan ialah cemburu buta, yang timbul dalam hati tanpa sebarang sebab iaitu semata-mata buruk sangka dari suami terhadap isteri atau dari isteri terhadap suami (Faidhul-Qadier). 

Di dalam hadis, Rasulullah SAW bersabda maksudnya :

“Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadis Riwayat at-Tayalisi dari ‘Ammar).  

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah). 

Sabda Nabi SAW yang maksudnya :

“Tiga manusia akan diharamkan Allah dari syurga;1. Orang yang ketagih arak2. Orang yang menderhakai dua ibu-bapanya3. Lelaki yang dayus, iaitu yang berdiam diri atau menyetujui perbuatan zina yang dalam kalangan ahli keluarganya. (Hadis Riwayat Ahmad dari Ibnu ‘Umar. Hadis Soheh. Al-Jami’ as-Saghier, no. 3503). 

Oleh : PakarCinta


Post a Comment