Bekas Pengurus Saman Zizan Razak Lebih RM500,000 !

Laporan mStar Online hari ini menyebut yang Marina Juki sudah membawa perkara yang mula berlarutan ini ke mahkamah dengan memfailkan saman terhadap Zizan Razak yang didakwa telah melanggar kontrak pengurusan artis yang telah ditandatangani sebelum ini.
Marina Juki
Marina Juki menuntut ganti rugi khas lebih RM500,000, ganti rugi am sebanyak 15% ke atas semua pendapatan yang diperoleh defendan (Zizan) daripada syarikat pengurusan lain. Beliau juga menuntut faedah lain sebanyak 5% setahun dari tarikh pemfailan saman berkenaan.
Beliau juga selaku plaintif memohon perintah mahkamah supaya Zizan Razak dihalang dari meneruskan kontrak dengan pihak syarikat pengurusan baru memandangkan pelawak itu masih lagi mempunyai kontrak yang sah bersama dirinya. 

Artikel asal : mStar


Post a Comment