Punca Sebenar Pemandu Ambulan Melawan Arus Viral Di Facebook !


Sebuah video yang menyaksikan detik-detik cemas seorang pengguna jalan raya hampir melanggar sebuah ambulan yang melawan arus tersebar di laman Facebook. 

Mohd Syawwil Idham, nyaris terlanggar sebuah ambulan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Raub, bernombor pendaftaran W7183L yang melawan arus pada kedudukan di lorong laju tanpa membunyikan sebarang siren.

Dalam kejadian yang berlaku di Lebuhraya Pantai Timur itu bagaimanapun, Syawwil sempat menekan brek kecemasan dan menggelak dari terlanggar ambulan berkenaan. 

"Jika tanpa bantuan ABS, mungkin kereta saya telah berpusing dan berlaku kecelakaan pada kami sekeluarga," katanya yang sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana terselamat dari insiden yang tidak diingini itu.

Justeru itu, Syawwil menggesa pihak KKM menyiasat tindakan pemandu ambulan berkenaan dan ambil tindakan yang sewajarnya jika tindakan pemandu berkenaan tiada dalam SOP. 

"Mungkin pada saya selamat, sebab masih mampu mengelak. Pada pengguna jalan raya yang lain bagaimana?" ujarnya.

Ekoran dari itu, ramai netizen yang membuat andaian sendiri. Ada diantaranya menyalahkan tindakan pemandu, tidak kurang juga yang memberikan pandangan bahawa jika dalam keadaan terdesak, tindakan pemandu ambulan itu boleh dipertimbangkan.

Namun, seorang individu tampil menjelaskan 'cerita sebenar' yang menjadi punca mengapa pemandu ambulan terpaksa mengambil tindakan melawan arus sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain.


Sungguhpun kedengaran logik penjelasan beliau, namun pihak Kementerian Kesihatan sehingga kini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden terbabit. 

Sumber asal My Media Hub


Post a Comment