Video Skandal, UAI Difitnah !

Heboh hari ini video DIDAKWA skandal seks Ustaz Azhar Idrus berdurasi hampir 1 minit. Jika dilihat sekali imbas, riak wajah lelaki yang berada di dalam video tersebut tidak ubah seperti UAI yang memiliki janggut yang sangat dikenali, cuma memiliki tona kulit yang lebih putih dari tona kulit UAI sendiri. 


Usaha jahat seperti ini biasanya kita lihat melibatkan ahli politik seketikanya ingin tiba Pilihan Raya Umum dan kemudiannya akan berlalu senyap begitu sahaja tanpa khabar berita. Hari ini dugaan yang sama terpaksa dipikul oleh Ustaz Azhar Idrus. 

Zaman canggih seperti hari ini, terlalu banyak cara yang boleh digunakan untuk menerbitkan satu video jahat bagi menjatuhkan atau memalukan seseorang. Tak perlu berbicara tentang teknik lain seperti CGI mahupun mendapatkan seseorang dengan wajah seiras, cukuplah sekadar dengan teknik mekap sudah mampu mengubah wajah sesiapa sahaja menjadi apa yang mereka mahu. 

p/s : Tolonglah JANGAN PERCAYA OK ! Ini Fitnah !

Video didakwa - Sumber OhMedia

Artikel dan gambar daripada OhMedia



Post a Comment